cuba mengerti setiap satu
cuba mentafsir semua persoalan
cuba mencipta sebuah jawapan
tiada kesempurnaan dalam sepanjang perjalanan
tiada keikhlasan dalam setiap perhubungan
tiada kepastian tentang perjanjian
tiada keinginan untuk melupakan
satu keputusan merubah kejadian
satu perkataan mengguris perasaan
satu perbuatan menyakitkan sanubari
satu keinginan memberanikan diri
setiap hari masih mencari , masih belum ditemui
setiap saat masih menanti , masih belum dikecapi
apakah benar tiada kesempurnaan?
apakah benar tiada keikhlasan?
sampai bila mahu begini?
sampai bila mahu menyeksa sanubari?
setiap ucapan di saat lalu sudah kurang didengari
setiap kehalusan suara sudah semakin meninggi
setiap ayat yang dilafazkan sudah kurang dipercayai
siapa yang mahu mengerti?
siapa yang mahu mencari?
siapa yang mahu menemani?
dulu semuanya indah
namun semuanya sementara
sesaat dua , seminggu dua , itu semua bukan yang dipinta
perlukah mencari yang tidak pasti?
perlukah menghargai yang bukan dihati?
perlukah melafazkan yang pernah mendustai?
apakah ini erti kebencian?
apakah ini jalan penyelesaian?
apakah ini titik akhirnya perhubungan?
bicaralah hati , luahkan apa yang dipendam
sebutkanlah kesemuanya , agar semua mengerti
bukan mudah membuat keputusan
tetapi kenapa begitu mudah untuk mengkhianatinya?
love ,
azeera <3
No comments:
Post a Comment